Monday, November 30, 2009

Butat

Kata orang cinta tu perlukan pergorbanan,kesetiaan dan paling utama kesabaran. Ketiga-tiga item ni bersangkut paut dengan cinta suci seorang rakan ku terhadap seorang wanita yang dianggap paling istimewa dalam hidup dunia. Kenapa entah, mcm xde pompuan lain dlm dunia. Bila aku tanya soalan tu kat dia. Mula la kuar ayat jantan, Sambil mata memandang ke langit " Bagi aku dia la satu2 nya perempuan yang wujud dlm hidup aku selain emak aku"..Pergh..xtahan aku mendengar. Cair taik telinga aku dengar. Kadang2 aku rasa nak calar je kereta toyota Caldina dia tu.

Bagi aku perempuan zaman skrang, memerlukan ciri-ciri lelaki idaman seperti beliau untuk dijadikan peneman hidup. Kesian pun ade.5 tahun beb mengejar cinta yang xpasti.Kalau aku la.banyak lagi pompuan kat luar tu.Tapi dia bukan aku.Aku kena hormati pendirian dia. Memang susah nak diterima akal.Seorang lelaki yang memilki kekayaan dan kesenangan susah untuk memiliki cintanya sendiri.Kepada gadis yang bertakhta di hati beliau sila la beri ruang dan peluang untuk dia yang kini kian parah di mamah jiwa yang bergelora.

1 comment: