Friday, December 4, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Tanggal 22.11.09 merupakan hari bermakna bagi rakan ku yang bernama Nizam yang kini sudah bergelar suami. Teringin gak rasenya nak kawin..Tapi bila la masanya akan tiba.Anyway tanhniah aku ucapkan kepada Nizam & Adda semoga bahagia ke anak cucu.

Kami bertolak dari KL ke mersing secara beramai kecuali aku yang gerak lambat skit disebabkan masalah seorang mat kelantan nie(kawan umah aku) yang terpaksa kerja di hari sabtu.Kalau x disebabkan dia, kita orang dah boleh konvoi sama. Walaubagaimanapun, perjalanan lewat aku ni membuatkan aku memilih jalan dalam untuk ke mersing. Dari Gombak-ke Serdang-Keluar Senawang-Lalu Bukit putus (Kuala Pilah)-tembus di Muadzam Shah-Melalui Rompin -akhirnya tembus ke Mersing- .5 jam perjalanan naik kebas bontot aku drive..

Kami sampai di home stay lebih kurang jam 7 malam,..Rumah penginanpan kami terletak berhadapan dengan pantai.Cuaca malam ini agak tenang. Semoga majlis akan berjalan dengan jayanya. Majlis akad nikah berlangsung selepas isyak, si bakal pengantin kelihatan pucat dengan rokok di tangan dah masuk 5 batang.Aku tau, perasaan untuk berdepan dengan Tok Kadi boleh diibaratkan seperti adik botak bertemu Tok Mudim. Sabar zam, Tok Kadi tu steady punya la...

Majlis akad nikah sudah bermula, Lafaz pertama tidak berjaya,.Tergagap-gagap.Gemuruh kot.Bacaan kedua dilafazkan. SAH??...Saksi menjawab 'sah'...wajah keriangan terpacul di raut wajah kedua mempelai. Bacaan taklik dan sumpah taat setia akan dilafazkan oleh si pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Bacaan terhenti seketika, si pengantin lelaki begitu sebak sehingga tidak terkeluar kata-kata. Aku melihat rakan-rakan lain sume cover macho(padahal sume tengah menahan air mata, cuma aku je sentiasa cool sambil cover line buat2 pegang hp )...

Keesokan harinya hari bersanding, selepas bersanding sesi fotografi akan berlangsung, part ni paling mmenjadi favourite bagi rakan2 ku..Gambar lompat wajib ade,.Tu trademark setiap kali adanya majlis perkahwinan antara rakan-rakan. Kepada rakan-rakanku, masa aku kawin nanti, korang xde siap korang. AMARAN!!!




Comel tak budak pakai baju pink?


p/s:Gambar lompat tidak boleh dimuat turunkan..

No comments:

Post a Comment