Aku ingin menceritakan sebuah kisah hidup seseorang, nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Aku harap kepada empunya kisah ini sentiasa redha dengan segala yang telah berlaku.
Tanggal 15 March bermula kisah hidup aku (nama dirahsiakan) yang tidak dapat dilupakan yang hanya ketika itu berumur 16 tahun. Aku seorang insan yang pendiam, tidak pandai bergaul, hanya bergaul dengan rakan-rakan sejenis ku. Aku juga bukan seorang yang dianggap glamour ketika di bangku sekolah.Sifat rendah diri sentiasa menebal dalam diriku. Bila sebut cinta, aku la insan pertama yang akan memperlekehkan apa itu cinta?.Bagiku usia sebegini xseharusnya memikirkan soal cinta. Cinta tu hanya permainan perasaan. Bagiku cinta itu tidak kemana.."korang ni sume buta pasal cinta"..ungkapan tu tidak pernah terlepas dari bibirku...
Segala-galanya bermula bila perkenalan aku dengan seorang jejaka yang seusia diriku. Perkenalan aku dengan jejaka itu membuatkan aku lupa ungkapan yang selalu bermain di bibirku pada suatu ketika dulu. Aku baru mengerti betapa indahnya cinta. Rasa sayang pada si dia kian menebal, tidak pernah ku merasakan rasa sayang aku kepada si dia selain dari family ku.Dia la jantung hatiku. Tidak dapat ku gambarkan betapa sayang dan cintanya aku terhadap si dia. Dan aku harap ikatan ini berkekalan abadi. Sehingga pada suatu hari....
3 october , ikatan yang dibina terlerai sudah. Dia hilang begitu sahaja dengan meninggalkan seribu persoalan. Kenapa kau begitu kejam sehingga tergamak melukakan perasaan aku yang begitu mendalam cintaku terhadap kau. Aku menjadi lemah, tidak bermaya dan segalanya hancur punah belaka. Begitu hebatnya penangan cinta. Kedukaan aku berlarutan sehingga aku di tingkatan 5. Berat badan ku mulai susut, selera makan ku semakin berkurangan, aku hanya lebih memencilkan diri. Tiada pergaulan bersama rakan seperti aku di awal2 tingkatan 4. Aku lebih mendiamkan diri. Hanya tangisan dan deraian air mata yang menjadi peneman ku. Aku masih merindui si dia.
SPM hampir tiba, penyakit ku semakin tenat, aku semakin lemah. Aku masih gagahkan untuk menduduki peperiksaan. Aku menjalani rawatan di klinik, doktor mengesahkan bahawa penyakit yang aku hadapi harus dirujuk ke Hospital Pakar. Aku melihat terpacul kegelisahan diraut muka kedua ibu bapaku. Aku berkeras untuk menduduki peperiksaan walaupun ade segelintir pihak menasihati supaya aku menagguhkan peperiksaan itu. Aku mau amik exam tu jugak. Aku nak gak!!..aku kisah ape nak jadi kat diri aku ni..!!!
SPM sudah berakhir, keadaan aku bertambah teruk, mungkin disebabkan kertas yang aku duduki aku lebih fokus tanpa menghiraukan kesihatan yang aku xtau ajalnye bila..Family aku berkeras untuk membawa aku ke hospital.Kali ni aku akur, aku melihat abah begitu susah hati akan penyakit misteri ku ini. Aku terus di tahan di Wad sementara menunggu keputusan doktor, badanku tidak bermaya.Aku mengalami sesak nafas, aku diberi sokongan bantuan pernafasan. Aku sedang bertarung dengan nyawa..
2 minggu lamanya aku di tahan di wad. Setiap hari kedengaran bacaan yasin. Nak mati ke aku ni? Aku melihat di sekeliling ku, adanya mak, abah, paklong, paksu, dan beberapa saudara rapatku. Mereka ini lah sentiasa memberi aku semangat untuk aku teruskan hidup.Namun kelibat si dia masih tidak kelihatan. Perasaan sayang ku terhadap si dia masih belum luntur.Kalau boleh aku mahu, melihat si dia untuk kali terakhir sebelum aku menghembuskan nafas terakhir
Penglihatan ku samar2, kedengaran panggilan mak yang tidak berulang kali mengatakan dia begitu menyanyngi ku. Indahnya dunia yang ku kecapi selama ini tetapi malangnya hanya dapat ku nikmati seketika..Maafkan aku sayang sekiranya aku masih menagih cintamu!!
Woit, bangunlah dah kul bape nie...ko layan citer KOREA ni sampai ko tertido....
:P
hebat sungguh crita kamu ni...
ReplyDeletehuhhu..
pandai bmain kate2..