Akhirnya aku tetap seperti lelaki melayu tipikal yang lain. Menagih sebuah kehidupan yang sempurna tapi acapkali di batasi dengan tabiat malas yang semakin meruncing.
Arghhh!!!..aku benci dengan sikap ku ini..Sentiasa mengeluh dan menangisi perjalanan hidup bukan sesuatu yang wajar di banggakan. Lebih malang lagi, kedukaan ini adalah ciptaan ku sendiri..Aku yang menjerat diriku ke jalan ini..
Gelora dalam hati yang sukar diluahkan.Resah.Bimbang.Teruja.Gembira.Takut.Pilu.Sayu. Itu semua lahir dalam setiap emosi ku..
Aku mendongak, aku menunduk, aku menoleh ke kiri kemudian ke kanan. Aku masih disini , masih mampu bernafas, masih mampu melihat dan masih boleh melakukan aktiviti2 seperti orang lain. Kenapa aku harus mengeluh?, kenapa persoalan begini sentiasa bermain dalam fikiran ku?..
Arghhh!! mudahnya aku bermain dengan kata-kata....
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment