Monday, November 30, 2009

Butat

Kata orang cinta tu perlukan pergorbanan,kesetiaan dan paling utama kesabaran. Ketiga-tiga item ni bersangkut paut dengan cinta suci seorang rakan ku terhadap seorang wanita yang dianggap paling istimewa dalam hidup dunia. Kenapa entah, mcm xde pompuan lain dlm dunia. Bila aku tanya soalan tu kat dia. Mula la kuar ayat jantan, Sambil mata memandang ke langit " Bagi aku dia la satu2 nya perempuan yang wujud dlm hidup aku selain emak aku"..Pergh..xtahan aku mendengar. Cair taik telinga aku dengar. Kadang2 aku rasa nak calar je kereta toyota Caldina dia tu.

Bagi aku perempuan zaman skrang, memerlukan ciri-ciri lelaki idaman seperti beliau untuk dijadikan peneman hidup. Kesian pun ade.5 tahun beb mengejar cinta yang xpasti.Kalau aku la.banyak lagi pompuan kat luar tu.Tapi dia bukan aku.Aku kena hormati pendirian dia. Memang susah nak diterima akal.Seorang lelaki yang memilki kekayaan dan kesenangan susah untuk memiliki cintanya sendiri.Kepada gadis yang bertakhta di hati beliau sila la beri ruang dan peluang untuk dia yang kini kian parah di mamah jiwa yang bergelora.

Sunday, November 29, 2009

huhuhuhuhuhu

Sudah lama blog aku ni sunyi dengan hasil tulisan aku.Aku baru je lepas baik dari demam nie. 3 hari dah gua demam beb.Mana tahan beb. Tekak sakit, isap rokok pun tak stim.Bagi aku Idup tak sempurna kalau asap x berkepul di dada..Kalau nak difikirkan dalam 3 hari sebatang je rokok aku isap. Memang save duit aku, kawin cepatla aku nampaknye.

Skang ni aku kat opis, keje pun malas nak buat sebab aku rase xselesa tapi sempat gak aku menaip something kat blog aku nie.Mata aku panas, tekak sakit sangat, kepala aku berdenyut..arghh..xselesanya..

Tuesday, November 24, 2009

Aku Mau Terjun Bangunan


Aku mula marasakan diriku kadang kala berada di suatu tahap tidak normal. Bahkan bukan disebabkan gila atau tidak waras tapi aku sendiri pun tidak paham kenapa, mengapa dan aku sendiri tertanya-tanya kenapakah dan haruskah perasaan ini harus wujud.Wujud disebabkan kehidupan ku yang aku rase bagai mau panjat menara klcc dan terus terjun sambil diperhatikan oleh orang ramai yang sentiasa memberi perhatian . Muka ku yang comel nie terpampangla di ruang-ruang khabar dan diikuti dengan tersiarnya di Buletin Utama pada jam 9 malam..Famouskan masa tu....

Point sebenarnya aku bukan nak cite pasal bunuh diri.Tapi hati aku mengimpikan kenikmatan terjun bangunan. Aku tahu bukan semua orang ade keinginan macam aku ni.Hanya manusia istimewa yang dapat berfikir seperti aku ni..(aku bukan OKU ok!!!..).Bangunan2 tinggi seperti KLCC, Kl tower, Menara Telekom menjanjikan satu pengalaman manis seandainya aku dapat terjun dari bangunan itu..Kepada orang di luar sana aku berharap korang semua hormati la niat ku ini..Niat suci dari seorang penerjun bangunan...

Aku mau terjun!! Aku mau terjun!!..

Friday, November 20, 2009

Letih

Aku penat gila malam ini, saraf ditembak, lemah seperti kayu tua.....

Aku bosan menjadi sakit, tidak ada tenaga, tidak boleh berfikir, kehilangan kemahiran.

Aku bosan yang disebut teman-teman, menusuk aku di belakang, lagi dan lagi.

Aku bosan cuba membuat hal-hal yang benar, aku menyerah - aku menyerah, tidak akan melawan

Aku bosan melihat orang lain kesakitan, menimbulkan frustrasi, membuatku gila.

Aku bosan kerana tidak boleh menangis, aku akan meleleh, tidak ada yang tersisa dalam.

Aku lelah kerana aku tidak bisa merasa, berjalan dalam keadaan linglung - mati rasa ini tidak boleh nyata.


Aku tidak tahu apa lagi yang harus kukatakan, aku berharap, aku bermimpi, aku memohon, aku memohon, sila, bawa perasaan ini pergi.


Yang aku tau skrang..Aku dalam keletihan

Thursday, November 19, 2009

Jangan Jadikan Ia Sebagai Isu

IGAUAN

Aku ingin menceritakan sebuah kisah hidup seseorang, nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Aku harap kepada empunya kisah ini sentiasa redha dengan segala yang telah berlaku.
Tanggal 15 March bermula kisah hidup aku (nama dirahsiakan) yang tidak dapat dilupakan yang hanya ketika itu berumur 16 tahun. Aku seorang insan yang pendiam, tidak pandai bergaul, hanya bergaul dengan rakan-rakan sejenis ku. Aku juga bukan seorang yang dianggap glamour ketika di bangku sekolah.Sifat rendah diri sentiasa menebal dalam diriku. Bila sebut cinta, aku la insan pertama yang akan memperlekehkan apa itu cinta?.Bagiku usia sebegini xseharusnya memikirkan soal cinta. Cinta tu hanya permainan perasaan. Bagiku cinta itu tidak kemana.."korang ni sume buta pasal cinta"..ungkapan tu tidak pernah terlepas dari bibirku...
Segala-galanya bermula bila perkenalan aku dengan seorang jejaka yang seusia diriku. Perkenalan aku dengan jejaka itu membuatkan aku lupa ungkapan yang selalu bermain di bibirku pada suatu ketika dulu. Aku baru mengerti betapa indahnya cinta. Rasa sayang pada si dia kian menebal, tidak pernah ku merasakan rasa sayang aku kepada si dia selain dari family ku.Dia la jantung hatiku. Tidak dapat ku gambarkan betapa sayang dan cintanya aku terhadap si dia. Dan aku harap ikatan ini berkekalan abadi. Sehingga pada suatu hari....
3 october , ikatan yang dibina terlerai sudah. Dia hilang begitu sahaja dengan meninggalkan seribu persoalan. Kenapa kau begitu kejam sehingga tergamak melukakan perasaan aku yang begitu mendalam cintaku terhadap kau. Aku menjadi lemah, tidak bermaya dan segalanya hancur punah belaka. Begitu hebatnya penangan cinta. Kedukaan aku berlarutan sehingga aku di tingkatan 5. Berat badan ku mulai susut, selera makan ku semakin berkurangan, aku hanya lebih memencilkan diri. Tiada pergaulan bersama rakan seperti aku di awal2 tingkatan 4. Aku lebih mendiamkan diri. Hanya tangisan dan deraian air mata yang menjadi peneman ku. Aku masih merindui si dia.
SPM hampir tiba, penyakit ku semakin tenat, aku semakin lemah. Aku masih gagahkan untuk menduduki peperiksaan. Aku menjalani rawatan di klinik, doktor mengesahkan bahawa penyakit yang aku hadapi harus dirujuk ke Hospital Pakar. Aku melihat terpacul kegelisahan diraut muka kedua ibu bapaku. Aku berkeras untuk menduduki peperiksaan walaupun ade segelintir pihak menasihati supaya aku menagguhkan peperiksaan itu. Aku mau amik exam tu jugak. Aku nak gak!!..aku kisah ape nak jadi kat diri aku ni..!!!
SPM sudah berakhir, keadaan aku bertambah teruk, mungkin disebabkan kertas yang aku duduki aku lebih fokus tanpa menghiraukan kesihatan yang aku xtau ajalnye bila..Family aku berkeras untuk membawa aku ke hospital.Kali ni aku akur, aku melihat abah begitu susah hati akan penyakit misteri ku ini. Aku terus di tahan di Wad sementara menunggu keputusan doktor, badanku tidak bermaya.Aku mengalami sesak nafas, aku diberi sokongan bantuan pernafasan. Aku sedang bertarung dengan nyawa..
2 minggu lamanya aku di tahan di wad. Setiap hari kedengaran bacaan yasin. Nak mati ke aku ni? Aku melihat di sekeliling ku, adanya mak, abah, paklong, paksu, dan beberapa saudara rapatku. Mereka ini lah sentiasa memberi aku semangat untuk aku teruskan hidup.Namun kelibat si dia masih tidak kelihatan. Perasaan sayang ku terhadap si dia masih belum luntur.Kalau boleh aku mahu, melihat si dia untuk kali terakhir sebelum aku menghembuskan nafas terakhir
Penglihatan ku samar2, kedengaran panggilan mak yang tidak berulang kali mengatakan dia begitu menyanyngi ku. Indahnya dunia yang ku kecapi selama ini tetapi malangnya hanya dapat ku nikmati seketika..Maafkan aku sayang sekiranya aku masih menagih cintamu!!
Woit, bangunlah dah kul bape nie...ko layan citer KOREA ni sampai ko tertido....
:P

Wednesday, November 18, 2009

Senapang Patah


Aku cuba berbisik pada angin..Bisikan itu hanya datang dalam mimpi-mimpiku. Begitu banyak dosa yang telah ku lakukan.Jeritan batinku sukar untuk didengari. Luka dalam diriku yang mendalam kian parah...aduh betapa peritnya jiwa ini..

Bisikan angin kian lemah, meninggalkan ku sendiri berseorangan.. Mimpi-mimpi yang datang telah pergi di bawa kegelapan. Seperti ada yang tidak benar dalam diriku ini.. Mahu seperti ku acukan kan Senapang Patah di kepala.Tapi apakan dia...bukan itu jalannya....

Kisah Langit

Di langit aku ternampak awan, gelap dan kelabu,
Di langit aku ingin menjadi burung yang terbang berlagu...

Di langit aku ternampak bintang yang bergemerlapan,
Di langit aku ingin menjadi bulan yang menerangi setiap perasaan...

Di langit aku ternampak matahari yang menyinar kalbu,
Di langit aku ingin menjadi awan yang meneduhkan kamu...

Tuesday, November 17, 2009

BOSAN !!!!

Hari ni aku nak citer skit pasal kebosanan aku yang melampau malam nie.Apa ntah yang xkena ntah. Buat skit bosan. Keluar umah je bosan. Nak tido masih awal lagi. Rugi kalau tido awal. Maklumla bukan selalu dapat lepak umah melainkan kalau cuti dan mc. Idea xde..nak tulis dlm blog pun xtau nak tulis ape. So baca je la citer pasal kebosanan aku ni yang aku sendiri pun rase bosan nak taip...bosan!! bosan!! bosan!!

Argh..rase mcm nak lompat2.Tapi untuk ape..dah buang tebiat ke aku nie??. So aku cancel kan hajat aku untuk melompat..aku masih berada di tahap kebosanan yang maksimum. AKu cuba selubung dlam selimut..masih tidak berjaya menghilang kan rase bosan ku ini. Aku tatap handphone ku mana tau ade miskol2 dari kwan2 yang mau belanja aku minum ke?..argh!! bosan!! bosan!! bosan!!

Masa bosan2 ni la banyak benda yang melayang kat dlm otak..masa depan, perkahwinan, kekayaan dan paling yang aku takut skali kematian..bila sebut kematian je aku menjadi kaget.
Aku pun cuba membuka akaun facebook aku , mana tau ade sampah2 atau rakan2 yang belum tido lagi..mereka seperti aku juga.banyak wall -wall yang tertulis sperti "malam yang membosankan".."ape aku nak buat malam nie??"..bosannye malam nie" ....
Tiba-tiba telefon berbunyi....

"Mangkuk kat mana"??

" kat umah la setan, kat mana lagi"

"jom lepak, aku Bosan"...

"hahahahahaha ( ketwa besar aku)"..dlm hati ade gak yang bosan mcm aku...

Monday, November 16, 2009

Warkah Buat Lelaki Bertuah


Kepada lelaki bertuah di dunia ini,

Ini aku, lelaki yang mengharap. Menulis lagi kali ini untuk kau. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa. Maafkan aku jika warkah ini mengangu kau dan dia.

Kita berdua sama. Mencintai bidadari yang sama. Aku menulis ini hanya untuk menyisihkan kesakitan dan keperihan aku untuk mendapat sedikit ruang di sudut hatinya. Bukan untuk mencuri cinta dan sayang yang dia berikan khusus untuk diri kau. Aku tidak layak untuk merebutnya dari kau.

Aku selalu bermimpi, suatu hari dia akan membuka matanya dan menyedari betapa aku mengambil berat tentang dirinya. Atau mungkin dia akan menyedari yang aku teramat mencintai dirinya. Tapi aku tahu, dia akan mengelak untuk menyedari semua itu.


Adanya kau dalam hidup dia. Semua impian aku semakin kabur. Aku hanya lelaki yang mengharap.

Mungkin kerana kita tidak serupa. Kerana itu dia memilih kau. Aku cuma ingin menjadi diriku.
Menjadi diriku yang sebenar-benarnya.

Aku tahu kau dibesarkan dengan penuh cahaya dan kebahagiaan. Semua perhatian dan kasih sayang di dunia ini memang tercipta untuk orang-orang yang seperti kau. Aku, kegelapan dan air mata adalah mainan ku sejak dari kecil. Aku sudah lali dengan semua itu.

Kau boleh tersenyum sepanjang masa. Kerana kau punyai semua cintanya. Jangan bimbang tentang aku, aku sudah biasa dengan air mata. Air mata yang tidak membawa apa-apa makna bagi dirinya. Air mata yang selalu mendendangkan lagu sepi di setiap malam-malam ku.

Perasaan aku sangat mendalam terhadap dia. Mungkin dia tidak akan dapat melihat perasaan itu atau mungkin dia sememangnya tidak mahu melihat perasaan itu. Perasaan yang tercipta hanya untuk dirinya.

Boleh kau bantu aku? Katakanlah padanya supaya dia tidak membenci aku. Itu sudah memadai buat diri ku yang kecil ini. Aku sudah penat menjadi orang yang dibenci. Dibenci oleh orang yang aku sayang.

Kau lelaki yang sangat bertuah. Menemui realiti untuk impian aku. Aku tidak akan berkata apa-apa lagi kerana aku tahu ini semua suratan yang tertulis untuk kau dan aku.

Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dan dia.....

Saturday, November 14, 2009

Keinginan

Apa yang aku tidak ingini, bagaimana rasanya menjadi yang tidak diingini??
adakah aku berasa sakit? atau aku merasakan kedinginan air mata?
ketika datangnya kesepian, aku tidak tahu bagaimana rasanya menjadi yang tidak diingini.

tidak ada orang berada di sekitar ku ketika diriku menangis, tiada teman bicara, tiada teman tidur dan aku hanya berharap diri ku ini ada insan yang mengerti.

Mereka tidak faham apa yang aku ingini kerana semua yang mereka lakukan hanya semata-mata untuk menyakiti hati ku. tidak ada lagi kata-kata, tidak ada lagi perkelahian, tidak ada lagi tindakan, tidak ada lagi senyuman palsu dan tidak ada lagi kasih sayang. untuk kalian semua....... FUCK YOU ALL!!.

Anda mendorong aku ke tepi. ........

Friday, November 13, 2009

once in a lifetime???


terbaekkkkk!!!! rm2600 tuk workshop tak termasuk conference??? gilo ke apo..
tp best gk kalo dpt blajo digital forensic analysis.. da bole join C.S.I miami..hehe

Thursday, November 12, 2009

Arghhh!!!!

Akhirnya aku tetap seperti lelaki melayu tipikal yang lain. Menagih sebuah kehidupan yang sempurna tapi acapkali di batasi dengan tabiat malas yang semakin meruncing.

Arghhh!!!..aku benci dengan sikap ku ini..Sentiasa mengeluh dan menangisi perjalanan hidup bukan sesuatu yang wajar di banggakan. Lebih malang lagi, kedukaan ini adalah ciptaan ku sendiri..Aku yang menjerat diriku ke jalan ini..

Gelora dalam hati yang sukar diluahkan.Resah.Bimbang.Teruja.Gembira.Takut.Pilu.Sayu. Itu semua lahir dalam setiap emosi ku..

Aku mendongak, aku menunduk, aku menoleh ke kiri kemudian ke kanan. Aku masih disini , masih mampu bernafas, masih mampu melihat dan masih boleh melakukan aktiviti2 seperti orang lain. Kenapa aku harus mengeluh?, kenapa persoalan begini sentiasa bermain dalam fikiran ku?..

Arghhh!! mudahnya aku bermain dengan kata-kata....

Sunday, November 8, 2009

Penulisan Terbaik


P/s: karya agung yang telah dihasilkan oleh rakan2 di bangku sekolah rendah..syabas!!

Peter, please answer:

Jam 9.34 malam..lokasi di kedai mamak sharezma sri gombak..suasana dingin menyentap di setiap bulu romaku..perbincangan mengenai peter answer dari semalam hingga ke waktu ini menjadi pelbagai persoalan..misterikah peter answer ini?..ramai ke orang percaya kat benda ni?
Siapakan peter sebenarnye? adakah seorang pengamal tarot yang terunggul di abad ini? sungguh misteri..dan segalanya terungkai apabila...

Peter, please answer:
Peter, what i'm doing now?
Peter anwers: What do you think?...

Sungguh bebal jawapan yang ditulis oleh peter. Aku masih tidak lagi berpuas hati.Mungkin rasukan tarot telah menguasai diriku yang bodoh ini..Dengan tidak yakin dengan jawapan diberikan aku terus bertanya untuk soalan ke-2

Peter, please answer:
Peter, when i'm going to die?
Peter answer: i''m sorry, without cooperation i can't work

Bodohlah peter nie...dengan hati yang cekal kami telah berbincang..akhirnya kami menjumpai suatu jawpan yang merungkai segala persoalan...

P/S: http://www.youtube.com/watch?v=5XY10z6B_VQ

Friday, November 6, 2009

Sakitnya Rindu Ini

Dulu bila orang angau menanggung rindu aku selalu gelakkan..Tapi sekarang aku sendiri yang kena. Aku mengaku, memang sakit menanggung rindu! Entah ke mana dia menghilang?..Tanpa kesan, tanpa jejak. Mcm kabus aja!!!..Parah betul..Tapi sampai bila nak tunggu? Aku pun ada tanggungjawab pada keluarga dan kerjaya..Aku menjadi buntu..Oh Tuhan tolong beri sinar cahaya kepada hambamu ini..Aku perlu kuat..Aku perlu tabah...it's not the end of my world..

p/s: pagi tadi ada aku letak kat atas CPU ni...mana lak ilang kotak 14 ni..huhuhuhu...

Wednesday, November 4, 2009

Night Rhythm 1

"One day you'll see her and you'll know what I mean. Take her or leave her she will still be the same. She'll not try to buy you with her time. Nothings the same as you will see when she's gone"


There's no place to hide.. but i dont think im scared...
hurrmm...
Gud Nite...=)

HALF DAY

aku dalam gelodak emosi yang boleh aku kira sebagai KETERLALUAN...tapi sejauh mana keterlaluan aku...xde sape pun tahu even awek aku sendiri...emosi KEterlaluan aku ini boleh didefiniskan sbagai poyo..poyo kah aku ini...itu persoalan nye..

Ada beberapa perkara, ungkapan ayat dan situasi dalam setiap aktiviti seharian yang susah dirungkaikan...TAPI emosi keterlaluan aku pada ari ni..memang jarang berlaku sekali....emosi yang aku selalu timbul pada malam minggu emosi kesedihan..6 kali kalah dlm 7 perlawanan..imagine la sendiri...

tapi kali ini berbeda sekian lama aku xdpt merasai emosi seperti nie...susah nak dpt walaupun aku bekerja 5 hari seminggu..dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang...(bos mcm pukimak)..itu aku dapat luahkan..tapi bukan di depan bos aku ketika membebel..tapi dalam hati setelah melangkah keluar dari biliknya...argh..tension aku..nak cite pasal emosi lain..emosi ni yang keluar...mmg betul2 beremosi aku ni..

.......................

aku dpat HALF DAY ari nie...bayangkan emosi keterlaluan yang aku rasai skrang ini??...

Tuesday, November 3, 2009

1...2...3..GO!!!!

trrrr.....
where to start??
demm...