Monday, November 15, 2010

Sucinya Pengorbanan Itu

meniti perjalanan kehidupan yang penuh onak duri,

banyak pengorbanan yang harus dan terpaksa dilakukan dan ditelan

menjadikan kita lupa bahawa kita masih ada hati kita sendiri untuk dijaga..

Pengorbanan yang dipersembahkan selalunya indah untuk dinikmati,

selalu di nanti...

Mampukah aku mengerti erti pengorbanan selama ini

setiap kali melihat senyum tawa insan yang tercipta diatas muka bumi ini

aku mengharap pengorbanan kali ini amat bermakna

Berilah aku kekuatan untuk menempuhnya berulang kali

tiadakah parut pada luka, tiadakah darah yang mendera

tiadakah sebutir belas, setitik kasihan?

Yang diharapkan Pengorbanan yang suci



Hati Yang Kacau

Malam ini buntu ku rasa
Jari-jemariku menari mengikut rentak
Tanpa lenggok melodinya hambar

Jiwa ini kosong ku rasakan
Aku terus-terus mengali di awangan
Tapi sayang…tak berlubang

Ingin ku bakar sayap kerinduan
Agar kenangan dulu hapus ku layar
Namun aku kaku di sini
Jiwa kacau…hati racau…

Sudahlah lupakan sahaja
Malam ini jadi batasan kita
Aku bagai menampar angin
Lalunya tidak…menghembus ke muka….

Wednesday, November 10, 2010

Sudah Sampai Waktunya

Bila sudah sampai waktunya
petik dan teruslah petik
bunga yang pernah kau tanam di hatiku
ambil lah hingga tak bersisa sedikitpun

dan bila memang tangisan mu reda
di ujung perjalanan antara kau dan aku
maka menarilah engkau bagai setangkai ranting
yang mungkin menghanyutkan mu ke hulu sungai bahagia

biarlah ku kenang diri mu di ujung jantung ku
atau sedikit mengigaui tentang kehilangan diri mu
di sisa-sisa tidurku
yang jatuh di kelopak mata ku

Friday, October 22, 2010

BUTIRAN CINTA

Hati berantakan tiada siapa yang tau..Aku kini menyepi ditemani dengan nyanyian lagu merdu yang membawa aku ke dunia khayalan..Sudah pasti diri ini kembali menyepi.Tatkala rindu dingin mendakap tubuh ini dengan erat, maka terciptalah satu keajaiban antara dua jiwa, tatkala bilangan tasbih rindu semakin mengejar dengan pantas angka rindu di hadapan, maka wujudla satu perasaan sayang yang semakin menebal di jiwa yang semakin yang layu dikala kehilangan air siraman kasih.Tatkala bilangan tasbih rindu semakin memanjang maka wujudlah destinasi menterai impian dan keinginan, maka perasaan dua jiwa satu hati mulai hayut di alam khyalan....

Sunday, October 17, 2010

My name is fish and im not a terrorist!!

hahaha..xde kne mengena ngn tajuk di atas.. juz nk share hasil tangkapan kami pd malam minggu yg lepas di kolam ikan damansara perdana..ikan keli 11 ekor dan satu ikan apa tah pacu/rohu aku pn x sure..champion = nizam..huhu dpt gk lps gian setelah hampir bertahun x g memancing..tp cm biasa aku stil cuak nk cabut mata kail dr mulut ikan..kahakahkah..;P


hasil tangkapan



goreng pn sodap

Thursday, October 14, 2010

Kebosanan Di Pejabat v1.1

hurmm.. masih bosan sbb xde keje..apa kata aku cite skit psl favourite team aku dlm epl.. MU? Chelsea?maybe..the best big 4 for me.. LiverFool? no..... Newcastle United. haha.. this is my fav team since i was a kid. why? aku pn xtau knapa. first yg aku ingt aku terpandg poster adidas kt pertama complex.time tu umur aku dlm 9-10 thn la.. aku ni kira antara peminat fanatik adidas time kecik2 dulu. aku terpaku pandang poster yg memaparkan satu pasukan sdg meraikan gol..team tu black&white and poster tu nmpk gah dan buat aku terpaku seketika.x silap aku poster tu time season 95/96..zaman2 les ferdinand ngn david ginola..mmg gempak.tp time tu agak ssh gk nk cr source, internet xde, astro pn xde.tepaksa la lpk kt kedai buku usha majalah bola mane tau ada cite psl fav team aku ni ke kn.. Sejak dari tu aku mmg mengikuti perkembangan team yg dlm poster tu sampai la skang..haha tu la cinta pandang pertama agaknya.



newcastle toon army


hehe.. walaupun team ni agak x consistent, tp team ni kekal jd team fav aku.. season yg aku xley nk trima time season 08/09..wah.. newc relegated to division 1.. aku cm rs xbest je season akan dtg da xdpt nk tgk black&white beraksi lg dlm epl..tp nsb baik chris hughton dpt bwk naik blk newc kt epl season ni..die mmg gempak and ada potensi utk jd manager yg bagus..harap2 MA bg die peluang lama skit tuk manage newc. at least sampai abis season ni. the best manager bg aku yg pernah terajui newc adalah kevin keegan ngn sir bobby robson..yg lain hampas..haha..



kevin keegan

katalah aku diberi peluang tuk line-up newc first team season ni, ni line-up aku..hehe 4-4-2 is my fav formation. Hughton loves to play 4-5-1 this season with kevin nolan as a backup striker behind carrol..weird.

GK -Tim Krul

LB -Jose Enrique

CB -Collocini

CB -Williamson

RB -Ryan Taylor


ML - Hatem Ben Arfa

MC - Cheick Tiote

MC -Joey Barton

MR - Jonas Guttieres


ST -Shola Ameobi

ST -Andy Carrol

harap2 newc dpt avoid relegation season ni.. nmpk terlalu awal nk predict bole stay ke tak..apa2 pn all the best.. NUFC till d end..!!!

haha.. sedar2 ada lg 30minit je nk balik.. isap okok dlu la.. chaw..=)

p/s: tetiba teringat penyokong Selangor ngn Kelantan begaduh kt stadium s.alam.. hahaha.. one word...Idiot.

Wednesday, October 13, 2010

Kebosanan Di Pejabat

This summary is not available. Please click here to view the post.

Tuesday, October 5, 2010

Ekspresi

Aku tersudut di ruangan sempit penuh kesedihan
Tiada sinar yang mampu rasuki kehampaan jiwa
Gelap dan tak bercahaya...
Itulah hidupku saat ini

Dan di saat semuanya tertawa
Aku tak pernah bisa merasakannya
Hanyalah ada air mata dan kesedihan
Tak ada yang peduli
Tak ada yang bisa mengerti

Mencari cara tuk lepaskan diri
Namun tak temukan titik terang tuk semua itu

Kurasakan dunia begitu membenciku
Aku terbuang dan slalu sendiri
Kesepian itu mungkin tak kan pernah berakhir
Apa yang harus kulakukan?

Rasa sakit ini begitu indah
Dan kuingin menikmatinya tanpa seorangpun
Biarkan aku sendiri
Karena inilah diriku...

Aku tak berani menghadapi dunia
I wanted to die...
Suicide is my obsession...

Life's suck... Fuckin shit!

Thursday, July 22, 2010

Pertemuan yang singkat

Dup Dap Dup Dap...hati yang masih resah membayangkan apa akan berlaku selapas ini. Tidak dapat dibayangkan betapa terkongkongnya kata-kata apabila bertentang mata.. Hati ini masih rindu dan sayang akan dirinya yang sememangnya bukan dapat ku miliki selamanya. Entah mengapa jiwa dan perasaan ini jadi tidak menentu. Sejujur aku mengatakan aku mungkin tidak bersama dengan dirinya. Aku juga mengakui jiwa dia masih lagi sayang kat aku. Begitu juga aku yang tidak dapat menyembunyikan perasaan sayang kepadanya.

Selama 4 jam aku menunggu. Aku harungi dengan masa yang begitu lama dengan perasaan yang tidak menentu. Perasaan yang harus aku luahkan segalanya. Aku perlu membuat perhitungan dengan si dia. Perhitungan yang melibatkan jiwa dan perasaan. Aku tahu ia amat sukar untuk diluahkan tapi aku perlu..........................

Masa yang ditunggu sudah tiba. Aku perlu kuatkan kata-kata dan pendirian ku ini. Hasil yang aku harapkan semestilah positif.Aku perlukan persiapkan diri untuk menerima ketentuan yang aku rase amat pedih aku terima.

OH..xsampai lima minit. .Apa kes?..Nak mukadimah pun xsempat..Aish...urusan hati terpaksa ditangguhkan. Aku perlu sedikit ruang untuk meneruskan kata-kata. Aku harap engkau sanggup menunggu ape yang hendak aku sampaikan ini. AKu harap si Dia setia menanti ape yang ingin ku sampaikan ini...tunggu!!!

Monday, May 10, 2010

luluh~~

Saat terindah saat bersamamu
Begitu lelapnya aku pun terbuai
Sebenarnya aku tlah berharap
Ku kan memiliki dirimu selamanya


Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu tuk meredam
Kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu

Ingin kuyakini cinta tak kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir

Ku tak sanggup tuk merelakanmu

Bila aku menghayati lirik nie, aku mula tersentuh, hati aku mula merasakan peritnya bila kita kehilangan seseorang yang aku sayang..
Tapi bila kepercayaan telah dikhianati apa lagi yang boleh aku lakukan..Hanya bersabar dan Redha..
Aku dah mula membenci perasaan sebegini..Adakalanya hidup yang sentiasa happy, telah dicalarkan dengan garisan pedih yang mendalam dari si dia
Aku redha apa yang kau lakukan..aku pasrah, kalau ini jalan yang engkau mahukan. .Tolong lepaskan pimpinan tangan aku yang kau erat selama ini..plzz..tolong jangan ganggu aku lagi..

Tuesday, May 4, 2010

Hati lelaki

Kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagian datang sendirian dalam hidup manusia,
Padahal seringkali kita tak cukup persediaan untuk menikmatinya bersama,
Begitu banyak rasa sakit dan kehilangan didalam hidup aku,
Padahal hidup terlalu singkat untuk perasaan itu,

Beruntungla manusia yang tahu apa yang mereka cari,
Dan diberi cukup waktu untuk mencari,
Kerana aku tak punya cukup waktu untuk semua itu,
Bahkan untuk sekadar mengetahui apa yang aku cari

Friday, April 30, 2010

Pesanan Terakhir

Setiap minit, setiap saat dan setiap detik aku rindu kau...~~
Aku sudah mula berasa sunyi tanpa kehadiran kau~~
Kenakalanmu, gelak tawamu, senyuman mu , masih terngiang2 di dalam fikiranku~
Alangkah bermaknanya hidup ku ini, bila kau disampingku~
Aku masih belum puas mengenali engkau~~
Tapi apakan daya tuhan masih sayangkan engkau~~
Aku redha dengan pemergian engkau~~
Oh tuhan begitu besar dugaan yang kau berikan kepada hambamu~~
Aku redha dengan ujian yang kau berikan~

"Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman yang mencerahkan hari yang suram"


Tuesday, April 20, 2010

bunguk

heartless?

haha..bukan ungkapan yg jarang2 aku dgr. dr dulu sampi skarang. cikgu,lecturer,adik2 aku, kawan2 ,kekasih.... hurmm.. aku pn x phm knapa ungkapan tu seolah2 menjadi bayang2 yg mengekori aku kemana sahaja. tapi aku x kesah pn. lantak korang la. yg penting aku tau siapa aku. mungkin style atau gaya aku melambangkn aku ni xde perasaan kot. tp dorg xtau apa sbnrnya yg ada kt dlm hati aku ni. lombong emas baragkali.hahaha..


lombong emas penjom, terbesar dimalaysia


kadang2 aku sendiri pn x phm ngn perasaan aku sendiri. apa lg org lain nk phm perasaan aku kn? tp nasib baik la mak bapak aku phm anak lelaki die sorg ni. katanya, org lelaki ni mmg kene ego skit, bia sombong skit. br elok. hurmm..xtau la aku btol ke x..hehe mungkin nk sedapkn hati aku je kot...=)

Tolong Sampaikan Untuknya



Tolong beritahu si dia
aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa
dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Sunday, April 18, 2010

Hancur Sudah

Bagai malam yang gelap tak berbintang
Tak mampu melihat dengan mata
Kerasnya di rasa hentakkan dalam keterpurukan
Jauh terpental dalam lorong tak diguna karna hampa


Terbelenggu kuatnya rasa yang ada
Hempaskan jiwa ke samudra sesal
Habis terkuras seluruh tenaga
Berangan menggapai tepi-tepi keindahan
Seakan tak mungkin tercapai suatu asa
Hingga penutup terbuka lalu mendekat


Sedikitpun tidak banyak abaikanMu
Sekejappun tidak lama lupakanMu
Damn~~

Adalah kehancuran dan kebodohanku
Adalah kehinaan dan kebinasaanku

Ingin ku coretkan cetuhan rasa
Rasa sakit yang menebal di dalam jiwa
Fuck, jiwa aku telah tersiksa
Atas keegoanmu , aku merana..

Saturday, April 17, 2010

Tidak Mudah Tertipu

Seorang peguam, mempunyai firma sendiri atas hasil usaha sendiri. Mempunyai latar belakang di kalangan keluarga yang bergelar Datuk. Hanya memikirkan kerjaya semata-mata, tiada masa untuk mencari teman hidup. Tidak dinafikan memilki sebuah kenderaan mewah dalam seusia muda. Family yang mempunyai perniagaan di dalam negara dan luar negara dan aku cukup kagum.

Perkenalan yang singkat hanya beberapa jam, telah membuatkan aku lebih mahu mengenali siapa dia sebenarnya. Hingga satu masa aku mula musykil dengan diri nya..

Perempuan X : U boleh tolong x?
Aku : Ape yang u nak i tolong?
Perempuan X : Actually esok i busy sangat, i banyak kes nak setel, so i nak mintak
tolong u nie. Boleh x? kalau xbole xpe la? tapi i betul2 nak
pertolongan u?
Aku : Apa dia, cakap je la..mana tau i leh tolong.
Perempuan X : Kalau boleh esok tolong top up kan i . nanti i bayar balik or petang
skit kita jumpa lepak2. boleh kita sembang panjang2. I nak u tolong
belikan i top up celcom Rm100 nanti i bayar balik i janji.

Aku mula musykil, hanya tidak sampai satu jam perkenalan.. Untuk menjadikan permainan ini lebih menarik aku hanya berjanji mengikuti segala kemahuannya

Aku : Boleh je.. U mintak tolong kan, small matter la.( dalam hati aku
pundek ko..nak kenakan aku yek)
Perempuan X : Terima kasih u, nanti i bayar balik kat u atau i transfer..
terima kasih banyak lagi sekali..
Aku : You're Welcome...( DAMN )

Tepat pukul 10, Satu panggilan aku terima. Dengan suara mamai aku pun menjwab. Aku pasti ni dari panggilan dari si dia yang bergelar PENIPU

Perempuan X : U? ni i Qistina..u dah top up kan i belum
Aku : Owh ok2..nanti i top up..

Damn, masih mengharap aku nak top up kan dia..Sorry beb..Salah orang, Aku xmudah tertipu..Damn...

Friday, April 16, 2010

Maafkan aku

Hujan turun membasahi bumi di kala awal pagi hari.Bertemankan hujan,aku bermain dengan perasaan sendiri.Banyak peristiwa telah berlaku 2-3 hari ini. Tapi perasaaa bersalah menghantui diri. Walaupun ia hanya sekadar gurauan tapi hakikatnya jiwa dia telah tersentuh. Aku cuba membawa perasaan aku ke dalam diri dia. Aku dapat merasakan setiap perbuatan yang aku telah aku lakukan amat pedih bagi dia. Ya Allah,ape telah hambamu lakukan, sedangkan selama ini aku lah yang memberi dorongan dan nasihat ke atas dia kini aku yang melukakan hatinya.

Aku telah mengecewakan hati seorang insan, insan yang selama ini menemani aku. Maafkan aku wahai kawan, Aku sepatutnya tidak bertindak sebegitu.Aku malu dengan ape yang aku lakukan.Kalau ia sudah ketetapan,aku rela membiarkan engkau pergi......

Tuesday, April 13, 2010

10.40 (Location Di kamar Opis)

Disini sahaja aku dapat luahkan. Aku sudah penat dengan semua ini. Aku penat dengan perasaan sebegini.Fikiran ku buntu, apa harus aku lakukan.Namun aku tidak terdaya. Tidak terdaya meluahkan kata-kata. Aku kaku untuk mengungkapnya. Biar perasaan ini sahaja yang tau akan maksudnya. Apa yang tersirat dalam hati aku ini aku akan pendam selamanya. Dimaki, dihina dan pelbagai tuduhan dilemparkan, aku hanya berdiam diri. Yang aku tau, jika aku membalasnya amat pedih baginya.

Kadang kala aku berfikir, wujud diriku ini hanya untuk membahagiakan si dia.Membahagiakan si dia dengan kasih sayang.Aku pikul beban ini semua sebagai salah tanggungjawab. Damn!!!....Hakikatnya aku benci keadaan macam ini...

Wednesday, April 7, 2010

Antara Dia, Dia dan Dia

Hari silih berganti, perasaan pun silih berganti,perasaan yang ade hanya dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja, tiada titik nokhta cuma persoalan sahaja sering bermain di minda. Cuba bertanya pada diri, betulkah keputusan ini. masih bermain di ruangan fikiran. Antara dia dan si dia. dua watak yang berbeza, dua perasaan berbeza antara sayang dan terpaksa. Mana harus dipilih yang disana atau disana juga.

Yang di sana kurang memberi perhatian , manakala di sana lebih memberi perhatian.Tapi hati mudah terpaut yang di sana yang memberi kurang perhatian.Sungguh tragis perasaan ini, sungguh tidak adil bagi si dia yang berada di sana yang selalu memberi perhatian. Tetapi keputusan harus di buat.Titik nokhtah harus di putuskan. Tidak mahu lagi persoalan bermain seperti hari yang berlalu. Hari yang berlalu di lalui dengan seribu persoalan dan penuh kesukaran. Jasad dan jiwa ini tidak mampu bertahan.Ape yang harus dilakukan?..yang pasti masih tiada titik nokhtah untuk segala persoalan

Saturday, March 27, 2010

amin

bila aku sendirian..aku rase diri ini berasa sunyi..bila aku sedar dia telah pergi tinggalkan aku yang terkapai2 hanyut di tengah lautan khayalan..masih tertanya2 kemanakah bayang dirimu pergi.cuba mencari di dalam arus kahyalan yang tidak aku ketahui. Terkapai2 aku seorang diri,menghrapkan ade sesuatu hrapan. harapan dari seorang insan yang aku sanjungi.Insan yang aku cintai, walaupun ia hanya bersifat sementara aku masih menagih harapan darinya..Malangnya harapan tinggal harapan.dia pergi selamnya..aku mengaharap insan ini datang kembali. Alangkah baiknya diwaktu ini aku terdampar di daratan, daratan yang penuh dengan seribu keyakinan, dapat membantu aku melupakan memori lama.Aku mengahrap jua daratan ini tidak lagi membawa aku ke lautan khayalan yang pernah aku lalui ketika ini...insyaallah

Monday, March 8, 2010

janji seorang teman

Aku tidak menghalang kau.Aku tiada hak utk menghalang.Pernah kau terfikir dengan perbuatan kau ini akan merapuhkan pendirian ko selama ni..Mana sebutan janji yang kau katakan dulu. Kau masih sama seperti dulu..tidak pernah ku lihat akan perubahan dalam hidup ko.Setiap hari kau menjanjikan perubahan yang terbaik.Perubahan yang aku inginkan, yang bakal ko sajikan..tapi apa yang aku dapat..suatu kabaran yang membuatkan hati ku berdetak mengatakan kau seorang pembohong. Pembohong!! itu status yang kau mahukan..itu yang kau corakan..aku tidak berdaya lagi..aku bingung..aku bingung karena aku percayakan janji seorang teman....

Thursday, January 7, 2010

Plzz la

Suara dengarkan la aku. Apakah aku selalu di hatinya. Sentiasa menunggu dan mengharapkan kepastian. Walaupun perkenalan yang begitu singkat tanpa disedari waktu itu telah pergi. Telah pergi meninggalkan aku selamanya. Bila esok hari datang lagi. Aku masih tanpa mu. Aku cuba ubtuk redahi meskiipun tanpa kelibat dan bayangan mu. Aku sentiasa bertahan...bertahan dan bertahan..

Monday, January 4, 2010

Si Pendayung dengan Perahunya

Tersebut la kisah...
3 orang hamba Allah yang ingin merentasi sebuah sungai yang besar.Dipendekkan cerita terdapat sebuah perahu yang uzur dan masih boleh digunakan.Perahu itu memang cukup untuk memuatkan untuk mereka bertiga.Di dalam perahu itu terdapat hanya sebatang dayung. Maka terpaksalah salah sorang daripada mereka yang akan mengambil alih tugas sebagai pendayung. Maka berdayung la mereka bertiga untuk merentasi sungai yang deras sungguh arusnya. Dengan sepenuh tenaga yang ada, si pendayung mengerahkan separuh tenaga asalkan mereka bertiga selamat menyeberangi sungai. Setibanya di tengah sungai air mula memasuki perahu. Disebabkan perahu itu tidak mampu menampung jumlah beban yang sedia ada. Mereka menjadi resah. Si pendayung dapat melihat keresahan mereka berdua. Air semakin laju memenuhi ruang kecil perahu itu. Salah seorang harus terjun. Si pendayung mengambil keputusan untuk keluar dari perahu itu walaupun dia tahu , dia pasti akan lemas di bawa arus deras....


Penghabisan cerita ni banyak version..korang sambung la sendiri..