Monday, November 15, 2010

Sucinya Pengorbanan Itu

meniti perjalanan kehidupan yang penuh onak duri,

banyak pengorbanan yang harus dan terpaksa dilakukan dan ditelan

menjadikan kita lupa bahawa kita masih ada hati kita sendiri untuk dijaga..

Pengorbanan yang dipersembahkan selalunya indah untuk dinikmati,

selalu di nanti...

Mampukah aku mengerti erti pengorbanan selama ini

setiap kali melihat senyum tawa insan yang tercipta diatas muka bumi ini

aku mengharap pengorbanan kali ini amat bermakna

Berilah aku kekuatan untuk menempuhnya berulang kali

tiadakah parut pada luka, tiadakah darah yang mendera

tiadakah sebutir belas, setitik kasihan?

Yang diharapkan Pengorbanan yang suci



No comments:

Post a Comment