Wednesday, April 7, 2010

Antara Dia, Dia dan Dia

Hari silih berganti, perasaan pun silih berganti,perasaan yang ade hanya dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja, tiada titik nokhta cuma persoalan sahaja sering bermain di minda. Cuba bertanya pada diri, betulkah keputusan ini. masih bermain di ruangan fikiran. Antara dia dan si dia. dua watak yang berbeza, dua perasaan berbeza antara sayang dan terpaksa. Mana harus dipilih yang disana atau disana juga.

Yang di sana kurang memberi perhatian , manakala di sana lebih memberi perhatian.Tapi hati mudah terpaut yang di sana yang memberi kurang perhatian.Sungguh tragis perasaan ini, sungguh tidak adil bagi si dia yang berada di sana yang selalu memberi perhatian. Tetapi keputusan harus di buat.Titik nokhtah harus di putuskan. Tidak mahu lagi persoalan bermain seperti hari yang berlalu. Hari yang berlalu di lalui dengan seribu persoalan dan penuh kesukaran. Jasad dan jiwa ini tidak mampu bertahan.Ape yang harus dilakukan?..yang pasti masih tiada titik nokhtah untuk segala persoalan

2 comments: