Friday, April 30, 2010

Pesanan Terakhir

Setiap minit, setiap saat dan setiap detik aku rindu kau...~~
Aku sudah mula berasa sunyi tanpa kehadiran kau~~
Kenakalanmu, gelak tawamu, senyuman mu , masih terngiang2 di dalam fikiranku~
Alangkah bermaknanya hidup ku ini, bila kau disampingku~
Aku masih belum puas mengenali engkau~~
Tapi apakan daya tuhan masih sayangkan engkau~~
Aku redha dengan pemergian engkau~~
Oh tuhan begitu besar dugaan yang kau berikan kepada hambamu~~
Aku redha dengan ujian yang kau berikan~

"Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman yang mencerahkan hari yang suram"


Tuesday, April 20, 2010

bunguk

heartless?

haha..bukan ungkapan yg jarang2 aku dgr. dr dulu sampi skarang. cikgu,lecturer,adik2 aku, kawan2 ,kekasih.... hurmm.. aku pn x phm knapa ungkapan tu seolah2 menjadi bayang2 yg mengekori aku kemana sahaja. tapi aku x kesah pn. lantak korang la. yg penting aku tau siapa aku. mungkin style atau gaya aku melambangkn aku ni xde perasaan kot. tp dorg xtau apa sbnrnya yg ada kt dlm hati aku ni. lombong emas baragkali.hahaha..


lombong emas penjom, terbesar dimalaysia


kadang2 aku sendiri pn x phm ngn perasaan aku sendiri. apa lg org lain nk phm perasaan aku kn? tp nasib baik la mak bapak aku phm anak lelaki die sorg ni. katanya, org lelaki ni mmg kene ego skit, bia sombong skit. br elok. hurmm..xtau la aku btol ke x..hehe mungkin nk sedapkn hati aku je kot...=)

Tolong Sampaikan Untuknya



Tolong beritahu si dia
aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa
dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Sunday, April 18, 2010

Hancur Sudah

Bagai malam yang gelap tak berbintang
Tak mampu melihat dengan mata
Kerasnya di rasa hentakkan dalam keterpurukan
Jauh terpental dalam lorong tak diguna karna hampa


Terbelenggu kuatnya rasa yang ada
Hempaskan jiwa ke samudra sesal
Habis terkuras seluruh tenaga
Berangan menggapai tepi-tepi keindahan
Seakan tak mungkin tercapai suatu asa
Hingga penutup terbuka lalu mendekat


Sedikitpun tidak banyak abaikanMu
Sekejappun tidak lama lupakanMu
Damn~~

Adalah kehancuran dan kebodohanku
Adalah kehinaan dan kebinasaanku

Ingin ku coretkan cetuhan rasa
Rasa sakit yang menebal di dalam jiwa
Fuck, jiwa aku telah tersiksa
Atas keegoanmu , aku merana..

Saturday, April 17, 2010

Tidak Mudah Tertipu

Seorang peguam, mempunyai firma sendiri atas hasil usaha sendiri. Mempunyai latar belakang di kalangan keluarga yang bergelar Datuk. Hanya memikirkan kerjaya semata-mata, tiada masa untuk mencari teman hidup. Tidak dinafikan memilki sebuah kenderaan mewah dalam seusia muda. Family yang mempunyai perniagaan di dalam negara dan luar negara dan aku cukup kagum.

Perkenalan yang singkat hanya beberapa jam, telah membuatkan aku lebih mahu mengenali siapa dia sebenarnya. Hingga satu masa aku mula musykil dengan diri nya..

Perempuan X : U boleh tolong x?
Aku : Ape yang u nak i tolong?
Perempuan X : Actually esok i busy sangat, i banyak kes nak setel, so i nak mintak
tolong u nie. Boleh x? kalau xbole xpe la? tapi i betul2 nak
pertolongan u?
Aku : Apa dia, cakap je la..mana tau i leh tolong.
Perempuan X : Kalau boleh esok tolong top up kan i . nanti i bayar balik or petang
skit kita jumpa lepak2. boleh kita sembang panjang2. I nak u tolong
belikan i top up celcom Rm100 nanti i bayar balik i janji.

Aku mula musykil, hanya tidak sampai satu jam perkenalan.. Untuk menjadikan permainan ini lebih menarik aku hanya berjanji mengikuti segala kemahuannya

Aku : Boleh je.. U mintak tolong kan, small matter la.( dalam hati aku
pundek ko..nak kenakan aku yek)
Perempuan X : Terima kasih u, nanti i bayar balik kat u atau i transfer..
terima kasih banyak lagi sekali..
Aku : You're Welcome...( DAMN )

Tepat pukul 10, Satu panggilan aku terima. Dengan suara mamai aku pun menjwab. Aku pasti ni dari panggilan dari si dia yang bergelar PENIPU

Perempuan X : U? ni i Qistina..u dah top up kan i belum
Aku : Owh ok2..nanti i top up..

Damn, masih mengharap aku nak top up kan dia..Sorry beb..Salah orang, Aku xmudah tertipu..Damn...

Friday, April 16, 2010

Maafkan aku

Hujan turun membasahi bumi di kala awal pagi hari.Bertemankan hujan,aku bermain dengan perasaan sendiri.Banyak peristiwa telah berlaku 2-3 hari ini. Tapi perasaaa bersalah menghantui diri. Walaupun ia hanya sekadar gurauan tapi hakikatnya jiwa dia telah tersentuh. Aku cuba membawa perasaan aku ke dalam diri dia. Aku dapat merasakan setiap perbuatan yang aku telah aku lakukan amat pedih bagi dia. Ya Allah,ape telah hambamu lakukan, sedangkan selama ini aku lah yang memberi dorongan dan nasihat ke atas dia kini aku yang melukakan hatinya.

Aku telah mengecewakan hati seorang insan, insan yang selama ini menemani aku. Maafkan aku wahai kawan, Aku sepatutnya tidak bertindak sebegitu.Aku malu dengan ape yang aku lakukan.Kalau ia sudah ketetapan,aku rela membiarkan engkau pergi......

Tuesday, April 13, 2010

10.40 (Location Di kamar Opis)

Disini sahaja aku dapat luahkan. Aku sudah penat dengan semua ini. Aku penat dengan perasaan sebegini.Fikiran ku buntu, apa harus aku lakukan.Namun aku tidak terdaya. Tidak terdaya meluahkan kata-kata. Aku kaku untuk mengungkapnya. Biar perasaan ini sahaja yang tau akan maksudnya. Apa yang tersirat dalam hati aku ini aku akan pendam selamanya. Dimaki, dihina dan pelbagai tuduhan dilemparkan, aku hanya berdiam diri. Yang aku tau, jika aku membalasnya amat pedih baginya.

Kadang kala aku berfikir, wujud diriku ini hanya untuk membahagiakan si dia.Membahagiakan si dia dengan kasih sayang.Aku pikul beban ini semua sebagai salah tanggungjawab. Damn!!!....Hakikatnya aku benci keadaan macam ini...

Wednesday, April 7, 2010

Antara Dia, Dia dan Dia

Hari silih berganti, perasaan pun silih berganti,perasaan yang ade hanya dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja, tiada titik nokhta cuma persoalan sahaja sering bermain di minda. Cuba bertanya pada diri, betulkah keputusan ini. masih bermain di ruangan fikiran. Antara dia dan si dia. dua watak yang berbeza, dua perasaan berbeza antara sayang dan terpaksa. Mana harus dipilih yang disana atau disana juga.

Yang di sana kurang memberi perhatian , manakala di sana lebih memberi perhatian.Tapi hati mudah terpaut yang di sana yang memberi kurang perhatian.Sungguh tragis perasaan ini, sungguh tidak adil bagi si dia yang berada di sana yang selalu memberi perhatian. Tetapi keputusan harus di buat.Titik nokhtah harus di putuskan. Tidak mahu lagi persoalan bermain seperti hari yang berlalu. Hari yang berlalu di lalui dengan seribu persoalan dan penuh kesukaran. Jasad dan jiwa ini tidak mampu bertahan.Ape yang harus dilakukan?..yang pasti masih tiada titik nokhtah untuk segala persoalan